Sunday, 27 March 2016

Cara Penjagaan Kucing

Kucing yang dibela memerlukan penjagaan yang khusus. Berikut adalah serba sedikit cara mudah untuk menjaga kucing.

Mandi. Mandikan kucing sekurang – kurangnya 2 minggu sekali dengan menggunaklan air suam. Jangan gunakan air sejuk, tubuh kucing yang kecil tidak dapat menahan kesejukan air. Air sejuk boleh membuatkan dia melompat keluar dan mungkin akan mencakar tidak tahan dengan kesejukan air.


Air.Air yang digunakan untuk memandikan kucing perlulah suam-kuku dan dimulakan dengan ekor dan seterusnya menjirus air ke seluruh badan. Pastikan air yang dijirus tidak mengenai muka dan telinga kucing. Telinga kucing tidak boleh dimasuki air kerana ditakuti bernanah. Muka kucing hanya perlu di lap 
menggunakan kain lembab sahaja.. Selepas itu bolehlah menggunakan syampu khas untuk kucing dan jangan sesekali menggunakan syampu manusia. Pastikan syampu tidak mengenai kepala. Selepas itu dibilas dengan air suam juga sehingga buih habis. Bersihkan hidung dan mata menggunakan tuala basah kerana ditakuti lemas jika menjirus air ke mukanya.

Kering. Gunakan tuala khas untuk mengelap badan kucing. Lapkan seluruh badan kucing, tetapi bagi bulu kucing yang lebih panjang, pengering rambut diperlukan. Gunakan suhu yang rendah semasa menggunakan pengering rambut. Bulu kucing perlu dikeringkan kerana boleh mendatangkan penyakit kulit kepada kulit lembab mereka jika dibiarkan kering sendiri. Jika kucing takut dengan pengering rambut, kucing boleh dibiarkan berjemur di tengah panas.




Sikat. Kucing yang berbulu panjang perlu disikat setiap hari untuk memastikan bulu-bulu yang mati tidak melekat ke kulit mereka. Sikat yang digunakan adalah khas untuk kucing sahaja.


Telinga. Telinga kucing senang dimasuki hama dan kuman jika dibiarkan kotor. Pemilik kucing haruslah membersihkan telinga kucing dengan menggunakan putik kapas atau kapas muka sekurang-kurangnya seminggu sekali dengan ubat khas untuk telinga kucing. Jika kekotoran telinga tidak dibersihkan, jangkitan hama, kuman boleh memakan darah, dan menyebabkan kucing ini tidak merasa selesa dan akan menggaru telinga dan kadangkala akan berdarah. Seterusnya kuman tersebut boleh membawa penyakit, bernanah dan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa kucing tersebut.




Makan. Keperluan nutrisi kucing yang unik menjadikannya haiwan yang cerewet dalam memilih makanan sehariannya. Sifat ini membuatkannya sentiasa berhati-hati memilih makanan dan akan menolak makanan tersebut jika didapati baunya berlainan daripada makanan asal ataupun makanan itu mempunyai suhu yang berbeza. Sifat semulajadi kucing yang suka menghidu dan merasa menyebabkan ia cepat mengesan jika makanan tersebut sudah tidak segar. Kucing yang diberi makanan yang baik dan berkhasiat sentiasa aktif, mempunyai mata yang bersinar dan bulu yang berkilat.


Najis. Bekas najis kucing tidak boleh diletakkan berdekatan dengan makanan yang akan menyebabkan ketidakselesaan untuk kucing menjamu selera. Secara semulajadinya 
kucing akan mencari tanah atau pasir untuk membuang air, jadi kita perlu sediakan tempat yang bersih bagi tujuan tersebut dan biarkan kucing kita tahu ianya di mana. Ada bermacam jenis pasir yang boleh digunakan seperti clay litter dan crystal litter, serta wood chips atau paper chips. Yang penting litterbox kucing perlu dibersihkan sekali atau dua kali sehari, ianya lebih menjimatkan dan bersih dari kita membiarkan litterbox itu dipenuhi dengan najis dan kencing kucing. Sesekali elok dijemur litterbox itu di bawah matahari untukmengeringkannya dan seminggu sekali bekas litterbox itu elok dicuci dan digantikan dengan pasir yang baru.


0 comments:

Post a Comment