1. Tuna : Kucing akan menjadi ketagih dengan tuna. Tetapi sebenarnya tuna bukanlah sesuatu yang baik untuk kucing kerana tuna adalah malnutrisi atau pun membawa maksud tuna adalah diet kucing yang tidak mempunyai nutrisi-nutrisi yang diperlukan oleh kucing. Dan memakan tuna dengan banyak boleh membawa kepada keracunan raksa.
2. Bawang / Bawang Putih : Semua jenis atau bentuk dan juga keadaan bawang yang dimakan oleh kucing akan memecahkan sel-sel darah merah kucing dan boleh membawa kepada anemia. Tetapi jika diambil dalam kuantiti yang kecil mungkin tidak akan memberi sebarang kesan. Tetapi jika dimakan dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan keracunan bawang. Dan bawang putih pula akan menyebabkan gangguan gastrousus kepada kucing.
3. Susu : Kucing yang dewasa tidak boleh menghadam sebarang produk tenusu dan mungkin boleh menyebabkan kucing dewasa cirit-birit.
4. Alkohol : Sebarang bir, arak, wain, atau makanan yang mengandungi alkohol adalah tidak baik untuk kucing. Ini kerana ia akan memberi kesan yang tidak baik kepada hati dan otak kucing. Tetapi ia adalah mengambil tempoh masa yang panjang untuk penampakan kesan.
5. Anggur dan Kismis : Anggur dan kismis telah sering digunakan sebagai merawat untuk haiwan peliharaan. Tetapi ia bukanlah satu idea yang baik, kerana kismis boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang pada kucing anda.
6. Kafein : Kafein dalam kuantiti yang cukup besar boleh membawa maut kepada kucing dan tiada penawar. Gejala keracunan kafein termasuk kegelisahan, pernafasan cepat, gegaran otot, jantung berdebar-debar, dan sawan.
7. Coklat : Agen toksik dalam coklat adalah teobromina di mana ia terdapat dalam semua jenis coklat. Kucing yang memakan coklat boleh menyebabkan rentak jantung yang tidak normal, gegaran, sawan dan kematian.
8. Gula - gula : Gula - gula, ubat gigi yang mempunyai Xylitol boleh meningkatkan insulin yang beredar melalui badan kucing dan seterusnya boleh menyebabkan kegagalan hati.
9. Lemak & Tulang : Sisa meja yang mengandungi lemak dan tulang mungkin berbahaya untuk kucing. Lemak yang dimasak atau yang mentah boleh menyebabkan komplikasi pada perut atau usus kucing dan boleh menyebabkan muntah dan cirit - birit. Tulang yang dimakan oleh kucing boleh menyebabkannya tercekik seterusnya menyebabkan halangan di dalam sistem pencernaan kucing.
10. Telur Mentah : Masalah pertama yang akan terjadi, kemungkinan keracunan makanan dari bakteria seperti Salmonella dan E Coli. Masalah kedua, protin yang terdapat di dalam putih telur dipanggil avidin, mengganggu penyerapan vitamin B Biotin yang boleh menyebabkan masalah kulit.
11. Daging Mentah dan Ikan : Daging mentah dan ikan mentah mengandungi bakteria yang menyebabkan keracunan makanan. Di samping itu, enzim di dalam ikan mentah memusnahkan thiamine yang merupakan vitamin B penting kepada kucing. Kekurangan thiamine menyebabkan masalah neurologi yang serius dan membawa kepada sawan.
12. Makanan Anjing : Makanan anjing tidak menyakiti kucing tetapi makanan ini boleh menyebabkan kucing kekurangan gizi.
13. Hati : Sejumlah kecil hati tidak menyebabkan masalah, tetapi kuantiti yang banyak menyebabkan keracunan vitamin A. Keadaan ini boleh menjejaskan tulang kucing dan seterusnya menyebabkan kecacatan tulang dan boleh juga menyebakan kematian.
14. Makanan Ringan Yang Banyak : Makanan ringan yang terlalu banyak boleh membawa kepada obesiti dan kencing manis pada kucing.
15. Doh Yis : Doh roti yang belum dibakar akan mengembang. Itu yang akan terjadi jika kucing memakan doh yis. Apabila yis menapai doh, ia menghasilkan alkohol dan boleh membawa kepada keracunan alkohol.
0 comments:
Post a Comment